Kerajaan naikkan cukai ke atas rokok elektronik, vape  - Utusan Malaysia

Kerajaan naikkan cukai ke atas rokok elektronik, vape 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel yang bernikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dengan pelaksanaan duti eksais terhadap peranti berkenaan, ia bukan sahaja menggalakkan kemudaratan penggunaan tembakau dalam kalangan perokok tegar malah ia diyakini menjana pendapatan negara.

Kerajaan sebelum ini mengenakan duti eksais pada kadar sepuluh peratus ke atas semua jenis peranti rokok elektronik dan e-cecair bersamaan RM0.40 sen per mililiter (ml) berkuatkuasa 1 Januari tahun ini.

Kadar cukai tersebut disifatkan masih terlalu rendah ketika beberapa negara di rantau ini mengenakan cukai terhadap e-cecair yang jauh lebih tinggi. Di Korea, cecair vape bernikotin dicukaikan pada kadar RM6.30 per ml manakala di Filipina pula pada kadar RM3.50 isi padu sama.

Kajian daripada Grand View Research Inc. meramalkan saiz pasaran vape global akan mencecah AS$67.31 bilion (RM270.10 bilion) menjelang 2027, mencatatkan kadar pertumbuhan terkompaun tahunan sebanyak 23.8 peratus dari segi hasil antara 2020 hingga 2027.

Industri vape di negara ini pula diramalkan turut berkembang sehingga RM2.27 bilion dengan 3,300 perniagaan terbabit secara langsung dengan tenaga kerja lebih 15,000 orang sekaligus menjana hasil tambahan berjumlah RM300 juta jika cukai vape diperluas.

Dalam pada itu, kata Tengku Zafrul, selain cukai terhadap rokok elektronik dan vape, kerajaan turut bercadang meluaskan kenaan duti eksais ke atas semua produk minuman bergula dalam bentuk pracampuran berasaskan coklat atau koko, malt, kopi dan teh.

“Selain itu, dalam memupuk budaya sihat serta menangani masalah penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti, kerajaan bersetuju meneruskan Agenda Nasional Malaysia Sihat. Oleh itu, kerajaan akan memantapkan pengurusan Klinikal Penyakit Jarang Jumpa di negara ini seperti lisosomal,” katanya semasa pembentangan Belanjawan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya