Kepemimpinan Bersatu ziarah Abdul Hadi di Terengganu bincang PRN Melaka? - Utusan Malaysia

Kepemimpinan Bersatu ziarah Abdul Hadi di Terengganu bincang PRN Melaka?

KEPEMIMPINAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menziarahi Abdul Hadi Awang (tengah) di Kuala Terengganu, hari ini. - FACEBOOK HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kepemimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini.

Pertemuan bagi tujuan ziarah itu disertai Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di samping Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen serta Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Difahamkan perjumpaan itu diadakan selepas Abdul Hadi selesai menyampaikan kuliah duha secara dalam talian pada pukul 10 pagi.

Perkara itu dikongsikan Hamzah dalam hantaran di laman Facebook miliknya kira-kira empat jam lalu.

Hamzah berkata, keadaan Abdul Hadi bertambah sihat, malah Ahli Parlimen Marang itu juga nampak begitu bersemangat.

“Cantik jawapan beliau apabila ditanya sihat ke Tok Guru? Mana boleh tak sihat, kitakan nak berjuang. Alhamdulillah, begitu bersemangat Tok Guru, beliau juga nampak sihat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Yang turut hadir dalam pertemuan itu ialah Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Selasa lalu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkongsi gambar minum petang bersama dua kepemimpinan tertinggi Pas iaitu Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Idris Ahmad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN