Kementerian teliti cadangan tingkat harga lantai getah

Kementerian teliti cadangan tingkatkan harga lantai getah

ZURAIDA Kamarudin (dua dari kiri) cuba menoreh getah pada Majlis Ziarah Kasih dan Sesi Dialog di Kampung Charuk Kelian, Baling, Kedah, hari ini. - FOTO/NORLIA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi akan meneliti cadangan meningkatkan harga lantai getah sekerap kepada RM3.50 sekilogram untuk membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan golongan tersebut.

Harga getah sekerap di pasaran tempatan pada pada masa ini seberat RM2.50 sekilogram.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya perlu membuat perbincangan mengenai harga lantai komoditi bersama pegawai berkaitan di bawah kementeriannya termasuk Lembaga Getah Malaysia (LGM) serta pihak daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

“Saya perlu teliti di peringkat kementerian apakah perkara yang saya harus ambil kira, di manakah kewangan yang boleh kumpulkan untuk saya pastikan boleh meningkatkan harga lantai getah.

“Pengerusi Risda (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) ada suarakan (cadangan itu) kepada saya, kita kena duduk bersama-sama (berbincang mengenai cadangan itu),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyantuni dan sesi dialog bersama 150 pekebun kecil, di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan kerajaan diminta mempertimbangkan menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3.50 sekilogram mulai Januari tahun depan untuk membantu lebih ramai penoreh getah keluar daripada garis kemiskinan. 

Pengerusi Risda, Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif berkata, harga lantai getah sekerap RM2.50 sekilogram ketika ini jauh lebih rendah berbanding kelapa sawit yang mencecah RM1,100 setiap tan sekali gus mewujudkan jurang yang besar antara pengusaha kebun getah dan kelapa sawit.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, kementeriannya juga melakukan beberapa pendekatan untuk membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil seluruh negara termasuk Projek Transformasi Perusahaan Industri Getah (TARGET).

Jelasnya, TARGET merupakan projek pembangunan Pusat Pemprosesan Getah Krip Berkelompok bakal diperkenalkan kepada industri getah.

“Projek ini akan dapat menjayakan transformasi sektor pekebun kecil dengan diusahakan secara berkelompok dan perkongsian keuntungan secara bersama pada peringkat pekebun kecil, koperasi dan usahawan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya