fbpx

Kementerian Pendidikan terima peruntukan terbesar Bajet 2022

Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berbual dengan seorang murid semasa membuat lawatan mengejut di sebuah sekolah di Putrajaya, semalam. – Gambar Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus menerima peruntukan terbesar iaitu sejumlah RM52.6 bilion atau 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan atau Bajet 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bajet ini kekal mengutamakan pendidikan sebagai segmen terpenting perbelanjaan negara.

Katanya, Kementerian Pengajian Tinggi bakal diperuntukkan sejumlah RM14.5 bilion.

Tengku Zafrul berkata demikian dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini.

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!