Kematian Covid-19 melebihi 28,000 kes - Utusan Malaysia

Kematian Covid-19 melebihi 28,000 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 69 kes berbanding kelmarin, 72 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 9 pagi ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,062 kes. 

Sebanyak 11 daripada 69 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,666 kes. 

Sebanyak 676 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 330 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) dan pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,514 orang. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya