Kecederaan Pearly sukarkan pasukan - Utusan Malaysia

Kecederaan Pearly sukarkan pasukan

PEARLY Tan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketiadaan Pearly Tan akibat kecederaan bahu dilihat bakal menyukarkan peluang skuad Piala Uber negara untuk melangkah ke suku akhir terutama selepas tewas kepada Denmark 1-4 dalam perlawanan  pertama.

Bekas pemain No.1 dunia, Roslin Hashim berkata, ketiadaan pemain itu membuatkan barisan negara terpaksa mereombak semula bahagian beregu wanita dalam usaha untuk memberikan saingan.

Katanya, gandingan M. Thinaah bersama Lee Meng Yean yang juga kapten pasukan dilihat tidak begitu menjadi apabila dilihat bergelut untuk mencari keserasian dalam perlawanan itu.

“Peluang (ke suku akhir) memang tipis, lagi sukar Pearly pula cedera dan dia memberi kesan kepada pasukan. Kita tengok kombinasi Meng Yean memang tidak begitu menjadi sebab dia tidak boleh bawa cara permainan Thinaah, memang dia ada pengalaman tetapi keserasian susah dapat.

“Kalau diikutkan pasangan yang boleh bergandingan dengan Meng Yean adalah Yap Ling yang berpasangan dengan Teoh Mei Xing. Jadi memang ada kesukaran sikit untuk pecahkan gandingan ini selepas Pearly cedera,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Sementara itu, Roslin berkata, tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan suku akhir sebagai sasaran adalah langkah bijak terutama dalam mencabar pemain muda untuk meningkatkan kualiti mereka.

“Dari sudut positif pemain akan bekerja keras kerana mereka diberikan sasaran yang agak tinggi memandangkan usia mereka masih muda dan kurang pengalaman,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya