Kawasan tambahan pilihan raya masih tiada ketetapan - Utusan Malaysia

Kawasan tambahan pilihan raya masih tiada ketetapan

Daftar pemilih tambahan November 2023 diwarta hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelaksanaan kajian untuk penambahan kawasan pilihan raya atau persempadanan semula susulan pertambahan pemilih pada suku ketiga 2021 terletak di bawah kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sehubungan itu, kerajaan belum membuat sebarang ketetapan bagi melaksanakan kajian membabitkan kawasan pilihan raya atau persempadanan semula.

“Kajian bukannya hanya untuk menambah jumlah kawasan pilihan raya, tetapi ada jumlah boleh dikurangkan atas (syor) SPR.

“Kerajaan juga tidak berhak ganggu tanggungjawab SPR.  SPR adalah bebas untuk membuat keputusannya sendiri untuk disarankan kepada kerajaan,” katanya menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN