Kanak-kanak dipatuk ular tedung mulai sedar - Utusan Malaysia

Kanak-kanak dipatuk ular tedung mulai sedar

KESIHATAN Adam Khairi Naufal Abdul Wahab semakin stabil selepas menerima rawatan di HSB Alor Setar, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kanak-kanak berusia lima tahun yang koma selepas dipatuk ular tedung senduk di Pendang, Sabtu lalu kembalio  sedar dan dipindahkan ke wad biasa di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.

Adam Khairi Naufal Abdul Wahab koma selepas kaki kanannya dipatuk ular berbisa itu ketika berada di dapur rumah neneknya di Paya Kerchut, Pendang dekat sini.

Ibu mangsa, Nur Farhana Abu Bakar berkata, pihak hospital memaklumkan bisa atau racun ular itu tidak merebak ke bahagian anggota lain yang boleh memberi kesan lebih bahaya kepada anaknya.

Menurutnya, Adam Khairi Naufal juga semakin sihat dan tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

“Saya dimaklumkan oleh doktor di HSB semalam, Adam Khairi Naufal sudah mulai sedar dan tidak perlu menggunakan alat bantuan pernafasan selepas kesihatannya semakin stabil.

“Malah doktor juga sudah berhenti memberikan ubat tidur dan sekarang hanya diberi antibiotik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Farhana berkata, dia sangat bersyukur mendengar perkembangan tersebut dan berharap anaknya itu segera sembuh.

Utusan Malaysia pada 18 Oktober melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun koma selepas dipatuk seekor ular tedung senduk di rumah neneknya di Paya Kerchut, Pendang.

 Mangsa cedera di kaki kanannya akibat dipatuk ular tedung senduk ketika berada di dapur rumah itu pada pukul 2.30 petang. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya