LONDON: Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyalahkan jadual padat yang diharungi anak-anak buahnya sambil menyindir bahawa skuad Red Devils sedia untuk ‘kalah’ dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam ini.
Solskjaer berkata, United kesuntukan masa untuk melakukan persiapan menentang Everton pada saingan Liga Perdana, dua hari selepas menumpaskan Villarreal dalam aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford, kelmarin.
“Kami memang sedang malakukan persiapan untuk kalah. Saya sudah bagi tahu anda semua sebelum ini, saya ingin bercakap mengenai masa sepak bola.
“Mereka (jadual perlawanan) memang dirancang untuk menjatuhkan kami. Luke Shaw cedera hari ini susulan beraksi di Turki.
“Kami mengharungi jadual padat musim ini. Kami pernah pergi ke Turki pada Rabu malam, kemudian balik ke sini semula pagi Khamis.
“Kami kena turun beraksi menentang Everton di Liga Perdana esok (malam ini) pada waktu makan tengah hari. Sudah pasti ia menjejaskan persediaan kami,” ujar Solskjaer.
Dalam pada itu, pengendali tersebut memuji David de Gea sebagai penjaga gol terbaik dunia berikutan aksi cemerlang ketika membantu Red Devils mengatasi Villarreal.
United bernasib baik untuk mengekalkan kedudukan 0-0 selepas tamat separuh masa pertama, dengan De Gea menampilkan aksi terbaik dengan menafikan deretan peluang Villarreal.- AGENSI