'Kalau di Malaysia, tolong pakai pelitup muka' - KJ - Utusan Malaysia

‘Kalau di Malaysia, tolong pakai pelitup muka’ – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kalau di Malaysia, tolong pakai pelitup muka”.

Demikian maklum balas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung satu video tular yang menunjukkan seorang wanita warga asing enggan memakai pelitup muka di sebuah pusat membeli-belah Kuala Lumpur City Center (KLCC).

Khairy berkata, wanita itu perlu mematuhi peraturan negara ini. 

“Apabila di Rom lakukan seperti yang dilakukan oleh orang Rom. Apabila di Malaysia, tolong pakai pelitup muka. Tanpa mengira peraturan di tempat lain. 

“Kementerian Kesihatan sedang mendapat maklumat lanjut daripada KLCC,” kata Khairy menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Terdahulu, tular satu video yang menunjukkan seorang wanita yang enggan memakai pelitup muka ketika memasuki sebuah kedai barangan berjenama walaupun diarahkan seorang pekerja terlibat.

Perbuatan itu menyebabkan wanita berang kerana berkenaan dihalang memasuki kedai berkenaan gara-gara tindakannya yang tidak memakai pelitup muka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya