Kadar jangkitan Kelantan dua kali lebih tinggi berbanding nasional - Utusan Malaysia

Kadar jangkitan Kelantan dua kali lebih tinggi berbanding nasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan merekodkan kadar jangkitan Covid-19 paling tinggi di negara ini iaitu 66.8 peratus bagi setiap kes 10,000 populasi sepanjang tempoh dua minggu sehingga semalam.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kadar jangkitan dicatatkan di peringkat nasional bagi tempoh sama pula adalah sebanyak 33.8 peratus bagi setiap kes 10,000 populasi.

Kata beliau, kadar jangkitan tinggi di negeri ini mungkin berpunca daripada kehadiran varian Delta yang dilaporkan sudah berada dalam komuniti. 

“Bagi mengekang penularan Covid-19, kita mengharapkan kerjasama orang ramai, sama ada mereka yang tinggal di Kelantan atau perantau yang balik bercuti supaya sentiasa menjaga diri masing-masing.

“Patuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan terutama setiap kali ketika berada di tempat awam dan sesak bagi mengelakkan penularan Covid-19,” katanya di sini hari ini.

Dr. Zaini turut berkata, kadar penggunaan katil hospital terkini bagi pesakit Covid-19 di Kelantan adalah sebanyak 77.1 peratus dengan kadar penggunaan unit rawatan rapi (ICU) 66.7 peratus dan pesakit menggunakan alat bantuan pernafasan (57.7 peratus).

“Penggunaan katil di 15 Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) seluruh negeri pula adalah sebanyak 67.2 peratus,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya