fbpx

9 Disember 2021, 6:23 pm

  TERKINI

K9 bantu operasi cari warga emas hilang 

ANJING pengesan mencari lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak kelmarin di Kampung Ayer Papan, Tanjung Tualang dekat Kampar, Perak, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas dari Kampung Ayer Papan, Tanjung Tualang dekat sini yang dilaporkan hilang kelmarin, diteruskan hari ini dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).

Anjing pengesan yang diberikan nama Murphy dan Buddy itu dari Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Mohd. Norshah Shahri berkata, radius pencarian hari ini meliputi kawasan seluas enam kilometer iaitu lokasi terakhir mangsa dilihat berhampiran kilang kelapa sawit.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini tiada sebarang petunjuk baru diperolehi sejak SAR dimulakan semalam.

“Operasi hari ini yang dibantu Unit K9 bermula dari rumah mangsa di Kampung Ayer Papan ke kawasan ladang kelapa sawit melalui laluan denai seluas enam kilometer.

“Ketika ini pasukan pencari dan penyelamat dengan kekuatan 48 anggota terdiri daripada anggota bomba, polis, Rela, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Tanjung Tualang dan penduduk kampung giat mengesan mangsa,” katanya ketika ditemui di Pos Kawalan Bomba di Kampung Ayer Papan, Tanjung Tualang, di sini hari ini.

Mangsa, Md. Isa Panjang Abdullah, 86, dilaporkan keluar bersendirian dengan berjalan kaki kira-kira pukul 9 pagi kelmarin dan tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.

Difahamkan, anak lelaki mangsa ada menjumpai sebelah selipar bapanya di kawasan kebun sawit berhampiran sebelum membuat laporan polis untuk bantuan. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN