Janna Nick, pasti boleh! - Utusan Malaysia

Janna Nick, pasti boleh!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sejujurnya bagi Poklip, menjadi seorang Janna Nick bukan semudah mematahkan sebatang pensil. Pada kedudukannya sekarang, cabaran yang ditempuh bukan mudah. Pujian dan kecaman datang seiring. Macam bersahabat baik pula.

Apa sahaja yang dilakukan, pasti ada yang mengangkat dan menjatuhkan. Tetapi itu adalah lumrah. Hatta bukan selebriti pun, pasti ada antara kita berdepan situasi sama. Cuma yang membezakan kita adalah kekuatan dan semangat diri.

Poklip suka melihat draf kerjaya Janna sekarang. Mula menceburi industri sebagai pelakon, dia cuba jadi penyanyi. Dikecam? Tidak mengapa. Selepas itu, dia mengacara pula. Dikritik tidak cukup bagus? Dia teruskan juga tanpa berpaling.

Kini dia seorang produser dan pengarah. Sudah dua telefilem dihasilkan dan sambutan yang diterima juga sangat membanggakan. Dia berjaya membuktikan kehadirannya dalam industri bukan sekadar mahu kumpul peminat dan jadi popular semata.

Baru-baru ini, dia berkongsi gambar dan video sepanjang penggambaran telefilem baharunya. Apa yang membuatkan Poklip tidak sabar adalah bagaimana dia melontarkan idea dan menggarapkan sesuatu yang berbeza di layar kaca. Itu sesuatu yang sangat mengujakan.

Bab semakin seksi Poklip tak mahu sentuh, dia sudah jawab tempoh hari sewaktu sesi fotografi sampul muka hadapan Pancaindera. Bagi Poklip, jika niat untuk menasihati, luahkan dengan cara penuh tertib dan tidak mengaibkan. Jangan meludah dengan kata-kata hina.

Sementelah kita sedia maklum, Janna juga pernah melalui kemurungan jadi jika tidak ada kata-kata baik untuk diberikan, cukup sekadar mendoakan. Tak perlu jadi pejuang papan kekunci yang hanya tahu mencari salah dan silap seseorang.

Tetapi dalam masa yang sama, Janna juga harus melihat ke akar bumi di mana kaki berpijak. Doa dan harapan Poklip semoga Janna kekal membumi dan berjiwa hamba. Dia adalah bintang yang menjadi harapan industri. Janna pasti boleh!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya