Jangan hampakan penjawat awam Sarawak - Cuepacs - Utusan Malaysia

Jangan hampakan penjawat awam Sarawak – Cuepacs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Sarawak berharap Belanjawan 2022 yang akan dibentang Jumaat ini di Parlimen tidak akan menghampakan penjawat awam, khususnya di Sarawak.

Pengerusinya Omar Bahrein Unin berkata, Cuepacs telah menghantar beberapa permohonan dan tuntutan untuk dipertimbang kerajaan sebelum ini.

 

 

OMAR BAHREIN UNIN

Beliau berkata tuntutan yang dibuat Cuepacs adalah wajar untuk dilaksanakan oleh kerajaan kerana kebanyakannya telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini tetapi belum direalisasikan kerana terdapat perubahan kerajaan.

“Penjawat awam amat mengharap perkara yang telah diumumkan kerajaan ini dilaksana dengan cepat kerana ada yang telah tertangguh sejak 2018.

“Jika perkara ini dilaksanakan Cuepacs percaya ia akan membantu semua penjawat awam dalam perkara berkaitan menangani kos kehidupan yang tinggi masa kini.

“Ia juga sebagai galakan kepada penjawat awam untuk terus meningkat kualiti perkhidmatan dan produktiviti,” katanya.

Beliau berkata, dengan peningkatan pendapatan, penjawat awam boleh membantu kerajaan dalam sosio ekonomi apabila kuasa beli mereka bertambah dan akan memanfaat banyak perniagaan.

“Justeru, Cuepacs Sarawak meminta kerajaan tidak meninggalkan penjawat awam di Sarawak supaya tambahan elaun RM50 sebulan bagi kos sara hidup yang telah dinikmati oleh penjawat awam di Semenanjung sejak Januari 2020 turut diberi kepada penjawat awam di Sarawak.

“Kita juga memohon bayaran insentif wilayah bagi penjawat awam ditambah baik mengikut keadaan semasa,” tambah Omar. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya