IPU di Klang semakin hampir paras tidak sihat iaitu 82

IPU di Klang hampiri paras tidak sihat

KEADAAN jerebu di Klang semakin menghampiri IPU tidak sihat iaitu 82.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 39 kawasan di seluruh negara telah pun mencatatkan lonjakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 50 dengan Klang, Selangor paling tinggi iaitu 82.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat pukul 12 tengah malam tadi, sembilan kawasan malahan merekodkan kadar IPU melepasi 50 pada sebelah lewat petang yang mana senario ini dianggap amat janggal kerana kelazimannya selepas senja, paras IPU menurun bawah 50 apabila kurang aktiviti ekonomi, pelepasan asap perkilangan dan ekzos kenderaan.

Ironi, kawasan itu berlaku peningkatan IPU selepas pukul 6 petang antaranya ialah Tanjung Malim, Perak; Seremban, Negeri Sembilan; Besut, Terengganu dan Tanah Merah, Kelantan.

Johor pula menyaksikan lima kawasan baharu dengan IPU melebihi 50 iaitu Segamat, Batu Pahat, Pengerang dan Tangkak malah Kluang menyertai senarai pukul 12 tengah malam tadi.

Di utara Semenanjung Malaysia, hanya Langkawi dan Kulim Hi-Tech di Kedah yang masih IPU warna biru, manakala di Lembah Klang semua kawasan sudah berwarna hijau, tidak ketinggalan di Negeri Sembilan dan Melaka, sementara jiran selatannya, Johor pula hanya Kota Tinggi masih lagi dengan IPU merekodkan status baik sehingga lewat malam tadi.

Begitu juga wilayah Pantai Timur Semenanjung, cuma Temerloh, Pahang; Kuala Terengganu, Terengganu dan Kota Bharu, Kelantan mencatatkan IPU melepasi 50 pada sepanjang hari.

Dalam pada itu, JAS menerusi kenyataan akhbar semalam turut mengesahkan ada kegiatan pembakaran secara terbuka di Jenjarom, Selangor yang mungkin punca IPU melonjak naik, namun siasatan awal mendapati tiada pencemaran asap kimia dari kilang tetapi agensi itu menemui aktiviti pembakaran sisa pangkasan pokok kelapa sawit bagi tujuan pembersihan kawasan.

Pihaknya bertindak pantas memasang kain rentang larangan pembakaran terbuka sebagai amaran tegas kepada mereka yang terlibat dan pemantauan dibuat JAS Cawangan Sepang dan berharap orang ramai segera melaporkan kes pencemaran kepada talian bebas tol JAS iaitu 1-800-88-2727 atau ajukan e-mel terus kepada [email protected].

Kadar 51 sehingga 100 atau ditanda dengan warna hijau ialah IPU tahap sederhana dengan orang yang sensitif dinasihatkan supaya mengurangkan waktu pendedahan di luar rumah, selain memberi kesan kesihatan umum yang mungkin membimbangkan paras sederhana bagi sebilangan individu sekiranya alah kepada pencemaran udara akibat sesetengah bahan.

Bagaimanapun, 29 lagi kawasan masih dianggap IPU baik atau berwarna biru iaitu tahap bawah 50, dengan Kimanis di Sabah sebagai yang paling baik iaitu paras serendah 8 sahaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN