“Ini adalah tanggungjawab dan amanah” - Ras Adiba dilantik sebagai Profesor Adjung PSITRA - Utusan Malaysia

“Ini adalah tanggungjawab dan amanah” – Ras Adiba dilantik sebagai Profesor Adjung PSITRA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas personaliti televisyen, Datuk Ras Adiba Radzi kini dilantik sebagai Profesor Adjung Pusat Kajian Psikologi Dan Kesejahteraan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Menyambut baik lantikan berkenaan, dia yang juga merupakan Ahli Dewan Negara (Wakil OKU), menyifatkan perkara tersebut sebagai satu peranan penting.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada UKM kerana melantik saya sebagai Profesor Adjung PSITRA.

“Pelantikan ini adalah tanggungjawab serta amanah yang besar untuk saya laksanakan.

“Akan saya berkongsi ilmu dan pengetahuan berlandaskan pengalaman diri, dalam melahirkan modal insan yang berkualiti, dengan izin-Nya,” kata Ras di Instagram miliknya.

Menjengah di ruangan komen hantaran itu, rata-rata rakan artis dan pengikut serta peminatnya membanjiri dengan ucapan tahniah.

Untuk makluman, gelaran berkenaan diberikan oleh sesebuah institusi kepada individu bukan akademik kerana dijemput untuk berkongsi mengenai ilmu kemahiran dan pengalaman mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya