Hasil kajian Ivermectin dibentang minggu depan - KJ - Utusan Malaysia

Hasil kajian Ivermectin dibentang minggu depan – KJ

IVERMECTIN digunakan bagi merawat Covid-19 di Afrika Selatan walaupun belum dibuktikan secara klinikal. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasil kajian ujian keberkesanan rawatan Covid-19 menggunakan Ivermectin akan dibentangkan kepada umum pada minggu depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, ia akan dibentangkan Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Dr. Kalai Peariasamy.

“Perdebatan hebat tempatan mengenai #Ivermectin akan diselesaikan tidak lama lagi.

“Kami melakukan kajian tempatan mengenai Ivermectin dan hasilnya sudah ada. @drkalai61 akan bentangkan kepada umum minggu depan,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Kajian penggunaan Ivermectin merawat pesakit Covid-19 antara antara 26 perkara digariskan Khairy dalam tempoh 100 hari pentadbiran beliau sebagai Menteri Kesihatan.

Penggunaan ubat itu menjadi polemik dalam kalangan masyarakat yang dikatakan berkesan merawat wabak Covid-19.

Bagaimanapun, ramai pakar perubatan tidak menggalakkan pengambilan ubat itu kerana masih belum ada kajian yang mengesahkan keberkesanan dan keselamatannya ketika ini yang mana ia adalah ubat antiparasit yang kebanyakannya digunakan dalam perubatan haiwan khususnya bagi merawat masalah kecacingan.

Jun lalu, Kementerian Kesihatan dan ICR memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin yang berisiko tinggi di 12 hospital di bawah kementerian itu.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membenarkan Ivermectin sebagai rawatan Covid-19 dalam kajian atau percubaan klinikal saja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya