Hanya 16 kematian luar hospital - Utusan Malaysia

Hanya 16 kematian luar hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 93 kes berbanding kelmarin, 64 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 27,422 kes. 

Sebanyak 16 daripada 93 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,530 kes. 

Sebanyak 756 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU), 397 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,388 orang. 

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 6,709 kes berbanding semalam, 7,373 kes sekali gus terus diatasi 10,833 kes sembuh manakala 762 kes ICU dan 398 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN