Hanya 115 kes positif kategori 3 ke atas - Utusan Malaysia

Hanya 115 kes positif kategori 3 ke atas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja terus merekodkan pertambahan tujuh daripada lapan kluster Covid-19, hari ini, manakala satu lagi adalah kluster pendidikan lain. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempat kerja melibatkan tiga di Perak, dua di Selangor manakala Johor dan Pahang, masing-masing satu kluster. 

“Negeri Sembilan merekodkan satu kluster pendidikan lain yang berlaku di Port Dickson dengan 33 kes positif. 

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 634 kluster manakala 5,061 kluster tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 5,745 kes berbanding semalam, 5,434 kes sekali gus terus diatasi 8,933 kes sembuh manakala 682 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 331 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

Daripada 5,745 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 115 kes (2 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima. 

Baki, 5,630 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada  kategori satu dan dua,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 72 kes berbanding kelmarin, 63 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 27,993 kes. 

Sebanyak sembilan daripada 72 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,655 kes. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.