fbpx

Hanya 11 kematian dibawa ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 63 kes berbanding kelmarin, 88 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.m menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 27,921 kes. 

Sebanyak 11 daripada 63 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,646 kes. 

Sebanyak 688 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 348 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,608 orang. – UTUSAN ONLINE 

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI