Guru, kakitangan sokongan dibenar makan di kantin sekolah - Utusan Malaysia

Guru, kakitangan sokongan dibenar makan di kantin sekolah

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Guru dan kakitangan sokongan dibenarkan makan di kantin sekolah dengan syarat sudah lengkap divaksin dan tidak bergejala.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah mengedarkan surat makluman mengenai kebenaran itu hari ini.

Beliau berkata, kebenaran berkenaan pastinya memberi kelegaan kepada guru dan kakitangan sokongan di sekolah.

“Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan guru dan kakitangan sokongan serta seluruh warga sekolah, semua pihak perlu mematuhi peraturan ditetapkan.

“Antaranya, hanya guru dan kakitangan yang lengkap divaksin sahaja dibenarkan makan di kantin sekolah,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Radzi berkata, beliau mahu pemantauan dilakukan pengetua dan guru besar bagi memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi guru dan kakitangan sokongan.

Hari ini, KPM mengedarkan surat pekeliling bertajuk Pemakluman Mengenai Kebenaran Guru dan Kakitangan Sokongan Makan di Kantin Sekolah yang ditandatangani Ketua Pengarah Pendidikan, Datin Seri Noor Zamani Abdol Hamid.

Menerusi surat pekeliling itu, guru dan kakitangan sokongan juga dikehendaki makan di ruang terbuka; mengehadkan masa makan dan tiada aktiviti perkumpulan ramai di kantin serta mengamalkan 3W iaitu mencuci tangan dengan air dan sabun/pensanitasi tangan (wash), memakai pelitup separuh muka (wear).

Selain itu, pengusaha kantin hendaklah memastikan semua pekerja kantin lengkap divaksin dan tidak bergejala.

Malah, pengusaha kantin juga perlu memastikan aktiviti dine-in dilaksanakan dengan kapastiti 50 peratus setiap meja dan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya