Guru besar didakwa lakukan pecah amanah babitkan RM2,000 - Utusan Malaysia

Guru besar didakwa lakukan pecah amanah babitkan RM2,000

amang seksual
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Guru besar dan seorang pengurus syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pecah amanah di Mahkamah Khas Rasuah hari ini.

Tertuduh, Aminah Pilie,52, yang merupakan seorang guru besar dan Pengurus Syarikat JS Enterprise, Mohammad Noorazrin Jufrey,27, membuat pengakuan tidak bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah dan bersubahat bagi melakukan jenayah pecah amanah di hadapan Hakim, Abu Bakar Manat.

Aminah selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kunak 2 didakwa atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah iaitu meluluskan pembayaran sebanyak RM2,000 kepada Syarikat JS Enterprise pada 14 Februari dan 8 Mac 2018 bagi pembekalan kokurikulum dan pembelian Lain Perbelanjaan Berulang Tahunan sekolah (LPBT) walhal kedua-dua pembekalan itu tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Mohammad Noorazrin pula didakwa bagi dua pertuduhan bersubahat dengan Aminah pada tarikh yang sama bagi melakukan kegiatan jenayah pecah amanah membabitkan wang sejumlah RM2,000.

Justeru itu, Aminah didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan manakala, Mohammad Noorazrin didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun yang sama. Mengikut kedua-dua seksyen itu, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dengan sebatan serta boleh juga dikenakan denda.

Hakim kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dengan bayaran RM10,000 dan deposit RM4,000 setiap seorang.

Hakim menetapkan 7 Disember ini sebagai tarikh pengurusan kes.

Kedua-dua tertuduh juga diarah melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh dua bulan sekali dan pasport antarabangsa hendaklah diserahkan kepada mahkamah.

Hakim turut mengingatkan kedua-dua tertuduh agar tidak menganggu mana-mana saksi pendakwaan.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Dzulkarnain Rousan Hasbi manakala, Aminah tidak diwakili peguam dan Mohammad Noorazrin pula diwakili peguam daripada Shamsudin & Associates. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.