Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi percepat pemulihan ekonomi negara - Utusan Malaysia

Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi percepat pemulihan ekonomi negara

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan membenarkan Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi bermula 15 November ini, menjadi pemangkinkepada usaha mempercepat pemulihan semula ekonomi negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia satu lagi pencapaian kerajaan menerusi kementeriannya dalam membantu seluruh penggerak industri itu menjana semula pendapatan.

Beliau berkata, pada masa sama, langkah itu memberikan kelegaan kepada penggiat industri yang berjuang dengan penuh kesabaran susulan penutupan pintu sempadan negara sejak tercetusnya pandemik Covid-19 hampir dua tahun lalu.

“Saya berasa amat bersyukur apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 mengumumkan persetujuan ke atas gelembung pelancongan itu.

“Saya yakin, keputusan ini dapat memulihkan kembali semangat dan menjadi inspirasi untuk mereka terus berganding bahu dengan kerajaan melalui kementerian ini untuk memajukan lagi industri ini agar kembali gemilang seperti sebelum berlakunya penularan pandemik Covid-19,” katanya menerusi kenyataan akhbar, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.