Gara-gara treler hilang kawalan, muatan besi bertaburan atas lebuh raya - Utusan Malaysia

Gara-gara treler hilang kawalan, muatan besi bertaburan atas lebuh raya

MUATAN besi dari sebuah treler bertaburan dalam kejadian di Kilometer 259.8 Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan), Seremban, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah treler yang membawa muatan besi lebih lima tan metrik hilang kawalan lalu berpusing di tengah lebuh raya dalam kejadian di Kilometer 259.8 Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan), di sini, malam tadi.

Kejadian tersebut yang berlaku berhampiran susur masuk Plaza Tol Port Dickson itu menyebabkan muatan besi berkenaan turut bertaburan di atas lebuh raya.

Menurut sumber polis, dalam kejadian kira-kira pukul 10.42 malam itu, pemandu lori iaitu seorang lelaki berusia 53 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Berdasarkan siasatan awal, pemandu lori treler berkenaan memandu di lorong kiri dipercayai telah membrek kerana terdapat sebuah motosikal masuk ke laluan treler berkenaan secara mengejut menyebabkan treler hilang kawalan dan berpusing di tengah jalan. 

“Objek besi bertaburan di lorong kiri dan tengah. Usaha membersihkan laluan daripada muatan besi berkenaan mengambil masa lebih sejam,” katanya hari ini.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN