Gaji, elaun Ahmad Zahid RM44,813.15 sebulan dibayar KDN

Gaji, elaun Ahmad Zahid RM44,813.15 sebulan dibayar KDN

AHMAD Zahid Hamidi hadir ke Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor bagi meneruskan perbicarannya berhubung 40 pertuduhan yang dihadapinya berhubung rasuah berakitan projek Perkhidmatan OSC di China dan VLN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu gaji dan elaun Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri antara 2016 sehingga Mei 2018 ialah RM44,383.15 sebulan.

Timbalan Setiausaha Bahagian (Perlembagaan), Seksyen Hal Ehwal Perlembagaan dan Parlimen, Sheeba Kunhimon, 48, berkata, gred gaji Ahmad Zahid adalah sebanyak RM18,168.15 manakala elaunnya ialah RM26,215 sebulan yang diterima sejak 26 Julai 2018 sehingga 9 Mei 2018.

Sheeba yang merupakan saksi pendakwaan kelima ketika membaca keterangan bertulisnya turut memberitahu gaji dan elaun diterima Ahmad Zahid sejak mula menjadi Timbalan Menteri Persekutuan pada tahun 2004 sehingga terakhir sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) pada Mei 2018.

“Tarikh lantikan Ahmad Zahid sebagai anggota pentadbiran kerajaan adalah seperti berikut iaitu 27 Mac 2004 sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Timbalan Menteri Penerangan (17 Februari 2006), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (19 Mac 2008), Menteri Pertahanan (10 April 2009), Menteri Dalam Negeri (16 Mei 2013 sehingga 9 Mei 2018) dan TPM merangkap Menteri Dalam Negeri (29 Julai 2015 sehingga 9 Mei 2018).

“Gred gaji mengikut Akta Ahli Parlimen seperti berikut iaitu antara 2004 hingga 2008 sebanyak RM10,847.65 sebagai Timbalan Menteri Persekutuan, Menteri Persekutuan antara 2008 sehingga 2015 (RM14,907.20) dan TPM antara 2015 hingga 2018 (RM18,168.15),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zander Lim Wai Keong bagi perbicaraan kes Ahmad Zahid yang berhadapan 40 pertuduhan kerana menerima suapan berjumlah S$13.56 juta sebagai dorongan bagi dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri melanjutkan kontrak sebuah syarikat sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Bagi tujuh pertuduhan lain, Ahmad Zahid didakwa mendapat untuk dirinya suatu benda berharga iaitu wang tunai S$1,150,000; RM3,000,000; 15,000 euro dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan itu di Country Heights, antara Jun 2015 dan Oktober 2017.    

Sheeba dalam keterangannya turut ditanya mengenai siapa yang membayar gaji dan elaun Ahmad Zahid.

Zander Lim: Berdasarkan keterangan Puan bahawa antara 16 Mei 2013 sehingga 9 Mei 2018, Datuk Seri Zahid merupakan Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri (KDN), betul tak?

Sheeba: Betul

Zander Lim: Di perenggan enam dan tujuh kenyataan Puan, Puan beri keterangan Datuk Seri Zahid telah pun menerima gaji dan elaun.

Sheeba: Betul

Zander Lim: Boleh tak beritahu siapa atau agensi mana yang membayar gaji dan elaun kepada Datuk Seri?

Sheeba: KDN 

Zander Lim: Dana yang digunakan oleh KDN untuk membayar gaji dan elaun Datuk Seri adalah daripada mana?

Sheeba: Kerajaan Malaysia

Terdahulu, saksi pendakwaan keempat, Datuk Suriani Ahmad yang merupakan bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) di KDN memberitahu mahkamah bahawa terdapat minit pada ID 25 iaitu surat bertajuk Kemajuan dan Pencapaian Syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) Sebagai Pembekal Solusi Sistem Pemprosesan Permohonan Visa Malaysia Global Yang Inovatif dan Berkesan Semenjak 2010 daripada Perdana Menteri (PM) ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Mei 2013 yang berbunyi: “YB Datuk Seri Zahid, projek ini perlu diteruskan, arahan Perdana Menteri.”

Suriani yang ditanya mengenai minit yang tertulis pada ID27 oleh peguam bela, Hamidi Mohd. Noh pada peringkat pemeriksaan balas turut mengakui tidak mengenali tulisan siapa namun berkongsi perkataan yang ditulis pada minit terbabit.

“Minit oleh Perdana Menteri. YB Datuk Seri Zahid, sila bantu dalam hal ini, kontrak ini perlu diselesaikan,” katanya.

Suriani yang kini bertugas sebagai KSU Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi turut diminta melihat minit pada B29 bertarikh 27 Oktober 2015 dan diminta membacanya.

“Minit Perdana Menteri. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Zahid, syarikat ini sudah dianugerah kontrak e-Visa, sila teruskan pelaksanaan kontrak,” ujarnya.

Suariani turut mengiyakan cadangan pihak pembelaan apabila mengatakan Ahmad Zahid juga mengikut arahan sepertimana dirinya sebagai penjawat awam yang perlu menurut arahan pihak atasan.

Perbicaraan kes di hadapan Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa bersambung 20 Disember nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.