Empat sekeluarga cemas treler terbabas ketika turun bukit - Utusan Malaysia

Empat sekeluarga cemas treler terbabas ketika turun bukit

171021-trg-treler-babas KEADAAN treler bijih besi yang remuk selepas terbabas ketika menuruni bukit di Kilometer 11, Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Simpul) di Hulu Terengganu, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Empat sekeluarga berdepan detik cemas selepas treler dinaiki mereka terbabas ketika menuruni  bukit di Kilometer 11, Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Simpul) di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, pemandu, Mohd. Salanafuddin Zulkifli, 44, bersama isteri, Nor Azlina Salim, 40, di samping dua anak lelaki yang masing-masing berusia empat dan sembilan tahun, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila treler membawa muatan bijih besi berkenaan terbabas sendiri setelah mengalami kerosakan brek. 

Katanya, ketika kejadian pemandu treler bersama tiga penumpang lain dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Pelabuhan Kuantan, Pahang. 

“Namun, setibanya di tempat kejadian treler yang dipandu di lorong sebelah kiri itu tiba-tiba tidak berfungsi hingga menyebabkan kenderaan berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan.

“Treler remuk di bahagian hadapan tetapi pemandu dan kesemua penumpang terselamat tanpa kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Mohd. Adli berkata, kes disiasat di bawah Rule 10 (1) LN 166/59. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN