Ekonomi 2022 diunjur berkembang 5.5 - 6.5 peratus - Utusan Malaysia

Ekonomi 2022 diunjur berkembang 5.5 – 6.5 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ekonomi negara 2022 diunjur terus berkembang antara 5.5 hingga 6.5 peratus setelah berpaksikan asas ekonomi yang masih kukuh dan strukturnya yang pelbagai.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, namun prestasi itu turut bergantung kepada faktor faktor lain, antaranya kejayaan mengawal pandemik, keberkesanan pelaksanaan program vaksinasi serta keteguhan prospek ekonomi dan perdagangan dunia.

Katanya, secara keseluruhannya, pertumbuhan ekonomi negara dijangka berkembang antara 3 hingga 4 peratus bagi tahun ini.

“Dalam soal memelihara rakyat dan perniagaan, kita tak pernah alpa. Walau digasak pelbagai cabaran dalam ruang fiskal yang terhad, Kerajaan tetap mencari jalan menyediakan bantuan kepada yang memerlukan.

“Bukanlah perkara yang mudah, tetapi Alhamdulillah, sebanyak lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi telah disediakan Kerajaan dengan jumlah keseluruhan RM530 bilion, yang tidak termasuk peruntukan Belanjawan 2021.

“Pakej-pakej inilah yang telah memastikan kita ada makanan dihidangkan, ada didikan buat anak watan, ada perniagaan yang dipertahan, ada pekerjaan yang diciptakan dan pastinya masih ada lagi sebuah kehidupan. Melaluinya juga, pertumbuhan ekonomi yang sebelum ini menguncup 5.6 peratus pada 2020, kini telah berkembang 7.1 peratus setakat separuh pertama 2021.

“Walaupun suku ketiga tahun ini dijangka terkesan ekoran PKP ketiga, namun suku keempat dijangka akan memulih apabila hampir semua negeri beralih ke fasa empat serta sektor ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh. Keseluruhannya, pertumbuhan ekonomi kita dijangka berkembang antara 3 hingga 4 peratus bagi tahun ini, insya-Allah,” katanya ketika pembentangan Bajet 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya