Duda anak satu tunjuk kemaluan direman - Utusan Malaysia

Duda anak satu tunjuk kemaluan direman

SEORANG duda anak satu (kanan) direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor bagi membantu siasatan menunjuk alat kemaluan di Setia Alam, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Seorang pembantu jualan direman tiga hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes menunjukkan alat sulitnya semalam.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 26 tahun dilakukan Majistret Ellyna Othman.

Menurut sumber, seorang wanita yang sedang joging di kawasan perumahan terbabit terkejut apabila suspek menunjukkan alat kemaluannya pada pukul 6.30 petang.

Katanya, suspek ketika itu sedang melakukan onani di sebuah taman berhampiran sebelum dilihat wanita terbabit.

“Mangsa menjerit sebelum membuat laporan pada anggota keselamatan.

“Semakan pada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati suspek seorang lelaki duda yang mempunyai seorang anak itu tinggal di lorong berhampiran sebelum laporan polis dibuat terhadapnya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kanak-Kanak 1955.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya