Nadhir Nasar kunci rapat privasi, tidak kongsi keluarga di media sosial - Utusan Malaysia

Nadhir Nasar kunci rapat privasi, tidak kongsi keluarga di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Nadhir Nasar memilih untuk terus mengunci rapat privasi keluarganya daripada tatapan umum di media sosial demi menghormati ruang peribadi orang tersayang.

Nadhir, 28, berkata dia mempunyai had tersendiri dalam setiap perkongsian di platform digital dan lebih selesa menonjolkan perkembangan kerjaya seni semata-mata.

“Saya memang kurang berkongsi hal peribadi di media sosial. Saya ada gelembung (bubble) sendiri yang disimpan untuk diri sendiri dan keluarga. Selalunya saya hanya tunjuk apa yang saya mahu orang nampak.

“Sebabnya kita perlu jaga privasi mereka juga. Lagipun, nasi lemak kalau sudah terbuka siapa lagi nak beli kan?,” katanya kepada Utusan Maaysa,.

Bukan itu sahaja, Nadir berkata, dia selesa jika masa terluang digunakannya untuk bersama keluarga sebelum kembali dengan jadual penggambaran yang sibuk.

“Saya akan mula penggambaran untuk sebuah set baharu minggu depan, saya banyak luangkan masa dengan keluarga dan itu sudah cukup.

“Kalau nak cerita tentang ‘me-time’, umur 45 tahun nanti baru fikir, sekarang saya tengah buat persiapan untuk filem baharu yang akan tayang tahun depan,” katanya.

Beralih kepada perkembangan seni, Hero Remaja 2020 ini bakal muncul dengan filem seram sulungnya, Pemuja Syaitan arahan Liyana Jasmay.

Menceritakan pengalaman di lokasi, Nadhir menyifatkan penggambaran di sebuah bangunan yang terbiar lebih lima tahun itu sebagai pengalaman unik, selain terpaksa berdepan cabaran musim monsun.

“Meskipun tiada gangguan mistik secara langsung, namun ‘kehadiran’ tenaga di bangunan itu tetap dirasai. Demi watak Nazim, saya juga mengambil inisiatif belajar teknik akrobatik sendiri kerana sudah lama mengimpikan aksi sedemikian di skrin

“Cabaran besar yang saya boleh kataan ialah cuaca yang tidak menentu. Kadang malam kita nak teruskan penggambaran tapi tiba-tiba hujan. Kita kena anjak,” katanya.

Filem Pemuja Syaitan akan menemui penonton 15 Oktober ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×