17,051 petugas barisan hadapan Pulau Pinang layak terima dos penggalak 

17,051 petugas barisan hadapan kesihatan Pulau Pinang layak terima dos penggalak 

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seramai 17,051 petugas barisan hadapan di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) layak menerima suntikan dos penggalak menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi dos penggalak (booster) peringkat negeri yang bermula hari ini. 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pemberian suntikan dos penggalak itu dilaksanakan di fasiliti-fasiliti kesihatan di Pulau Pinang. 

“Buat masa ini, bekalan vaksin Comirnaty bagi Pulau Pinang adalah mencukupi untuk pelaksanaan pemberian dos penggalak berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan Kementerian Kesihatan memulakan proses dos penggalak kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta anggota barisan hadapan yang menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lepas. 

Menurut Kon Yeow, menurut laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) setakat semalam, kadar vaksinasi satu dos bagi populasi dewasa di Pulau Pinang telah mencapai 100.8 peratus manakala lengkap kedua-dua dos adalah 96.3 peratus. 

“Bagi PICK-Remaja, sehingga tempoh masa sama, pencapaian bagi satu dos adalah sebanyak 87.3 peratus dan lengkap kedua-dua dos (17 peratus). 

“Usaha masih giat dijalankan dan kepada mereka yang layak dan masih belum menerima sebarang suntikan sila segera walk-in ke Pusat-pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebelum 30 Oktober ini,” katanya. 

Dalam pada itu katanya, bagi laporan kes harian sehingga 12 tengah hari ini, jumlah dilaporkan merupakan yang terendah sejak lima minggu lepas. 

“Secara keseluruhan, trend kini menunjukkan penurunan namun kerajaan negeri bersama-sama JKNPP memandang serius dan memberi perhatian khusus terhadap perkembangan enam kluster membabitkan pusat jagaan warga emas di negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya