Doakan kesihatan ibu Safawi - Utusan Malaysia

Doakan kesihatan ibu Safawi

SAFAWI Rasid berharap orag ramai akan mendoakan kesihatan ibunya, Salemeh Abu Bakar yang disahkan positif Covid-19.-Ihsan Instagram Safawi Rasid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peminat bola sepak tanah air diharap dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ibu kepada pemain Harimau Malaya, Safawi Rasid yang disahkan positif Covid-19.

Menerusi perkongsian di laman Instagram milik Safawi itu, dia mengajak semua peminatnya untuk mendoakan kesihatan ibunya, Salemeh Abu Bakar.

“Assalamualaikum. Doakan ibuku tercinta #positifcovid,” tulis pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Ramai peminat mendoakan kesejahteraan ibunya termasuk rakan sepasukan di JDT serta anggota skuad Harimau Malaya.

Antaranya yang mendoakan termasuk Safiq Rahim, Hazwan Bakri dan Akhyar Rashid.

Tidak ketinggalan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang turut menitipkan doa buat ibu Safawi.

“Semoga dipermudahkan champ (juara), InsyaAllah Amin,” kata Hafizh.

Hasil perkongsian itu, sejumlah 463 komen ditinggalkan peminatnya yang mendoakan dan berharap Safawi dan seluruh keluarga tabah menghadapi dugaan ini.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya