Destinasi seluruh negara dijangka dibuka lebih awal untuk pelancong asing - Utusan Malaysia

Destinasi seluruh negara dijangka dibuka lebih awal untuk pelancong asing

LANGKAWI akan menjalani gelembung pelancongan antarabangsa. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pusat pelancongan seluruh negara dijangka dibuka lebih awal kepada pelancong asing selepas tempoh tiga bulan pembukaan gelembung perjalanan antarabangsa di Langkawi bermula 15 November ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, dalam hal itu, kerajaan sudah bersedia dengan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan pusat pelancongan di seluruh negara kepada pelancong asing.

Katanya, pembukaan Langkawi kepada pelancong asing ini akan menjadi penanda aras sebelum pusat pelancongan di seluruh negara dibuka kepada pelancong asing.

“Kita perlu meneliti dan memerhati semua aspek bagaimana keadaan gelembung pelancongan di Langkawi kepada pelancong asing sebelum buka ke destinasi lain di seluruh negara namun kita sudah siap sedia dengan prosedurnya.

“Kita letakkan dalam tempoh tiga bulan selepas Langkawi dibuka kepada pelancong asing namun apabila sudah nampak okey, saya jangka tidak sampai tiga bulan…kita akan usahakan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, M.Karupaiya (PH-Padang Serai) meminta kerajaan menjelaskan tentang garis masa sektor pelancongan di seluruh Malaysia dibuka untuk pelancong antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN