WASHINGTON: Satu keadaan perubatan serius melibatkan seorang kru di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) memaksa Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) membawa pulang angkasawan terbabit bersama tiga rakan kru lebih awal daripada jadual. Ia sekaligus menjadikannya kepulangan kecemasan pertama seumpama itu dalam sejarah makmal orbit berusia 25 tahun tersebut. Pentadbir NASA, Jared Isaacman, dalam sidang media tergempar di Washington pada Jumaat berkata, keputusan itu dibuat selepas penilaian bersama pegawai perubatan mendapati…











