fbpx

8 Disember 2021, 10:32 am

  TERKINI

Dera amah : Polis sahkan ambil keterangan pegawai kanan agensi penguat kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis mengesahkan telah memangil seorang pegawai kanan sebuah agensi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mendera pembantu rumahnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid memberitahu Utusan Malaysia, siasatan dibuat mengenai dakwaan berkenaan dan keterangan pegawai berkenaan juga telah diambil.

“Ya, kita telah panggil pegawai SPRM berkenaan untuk bantu siasatan,” katanya ringkas.

Terdahulu, media melaporkan, seorang wanita warga asing didera dipercayai didera majikannya.

Kejadian dilaporkan dilakukan majikannya itu yang juga seorang pengarah agensi penguat kuasa di sebuah rumah di Kelana Jaya, dekat sini pada Isnin lalu.

Tidak tahan diperlakukan sedemikian menyebabkan wanita terbabit melarikan diri dari rumah majikannya berkenaan.

Bagi mendapatkan perlindungan, mangsa menuju ke Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur sebelum laporan polis dibuat.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed turut mengesahkan menerima laporan membabitkan insiden itu. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI