‘Dapatkan bantuan daripada pakar’ - Damian Mikhail - Utusan Malaysia

‘Dapatkan bantuan daripada pakar’ – Damian Mikhail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anggota kumpulan V.E yang juga komposer dan penerbit lagu, Damian Mikhail, 43, menyarankan kepada mereka yang berdepan masalah mental agar segera mendapatkan bantuan daripada golongan pakar atau profesional.

Menerusi Instagramnya, Damian atau nama sebenar Damian Mikhail Seet berpesan kepada individu-individu yang mengalami masalah tersebut agar tidak cuba membantu mereka yang berdepan masalah yang sama.

“Mereka yang berdepan masalah mental seharusnya tidak cuba membantu orang lain yang mengalami perkara yang sama.

“Api tidak memadamkan api. Dapatkan bantuan daripada pakar,” pesannya.

Damian adalah antara selebriti yang kedepan berhubung isu masalah mental di negara ini.

Sebelum ini, dia tampil berduet dengan pelakon dan penyanyi, Sarimah Ibrahim menerusi lagu Harapan yang didedikasikan untuk menaikkan semangat mereka yang dihurung kesedihan dan berdepan masalah mental.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN