Dadah: lelaki ditahan polis dalam hutan paya bakau - Utusan Malaysia

Dadah: lelaki ditahan polis dalam hutan paya bakau

DADAH pelbagai jenis seberat 42.1 gram yang dirampas daripada suspek berusia 52 tahun dalam Op Benteng Covid-19 dalam sebuah kawasan hutan paya bakau dekat Bagan Pasir, Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di Bagan Pasir, Tanjong Karang, Kuala Selangor di sini dengan tertangkapnya seorang lelaki berusia 52 tahun,

Lelaki warga tempatan terbabit didakwa berkelakuan mencurigakan ketika berada dalam kawasan hutan paya bakau sebelum anggota bertugas membuat pemeriksaan lanjut dan dan ditahan selepas dadah pelbagai jenis dengan berat keseluruhan 42.1 gram ditemukan.

Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Superintenden Rizal Mohamed, hasil pemeriksaan lanjut pihak polis pada pukul 12.30 tengah hari semalam menemui 26 paket lutsinar yang mengandungi ketulan kristal dan serbuk putih.

“Anggaran berat 26 peket tersebut adalah sebanyak 33.8 gram dipercayai dadah jenis heroin.

“Kita juga merampas 12 peket lutsinar dan dua tiub straw berisi ketulan kristal dan serbuk dadah dengan anggaran berat 08.10 gram dipercayai dadah jenis syabu dan sebiji pil dipercayai dadah jenis Eramin 5 dengan anggaran berat 0.2 gram yang disembunyikan dalam bekas plastik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, anggaran nilai pasaran kesemua dadah yang dirampas semasa Operasi (Op) Benteng Covid-19 adalah sebanyak RM1,415.

Lelaki terbabit bersama bungkusan dadah itu kemudian dibawa ke Balai Polis Tanjong Karang untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A (1) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya