fbpx

Covid-19: 6,210 kes terkumpul hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 6,210 kes terkumpul baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan kes berjumlah 2,413,592.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan baharu tersebut selepas saringan dijalankan ke atas 145,258 individu manakala kadar kebolehjangkitan kes hari ini adalah 4.28 peratus.

Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya mengeluarkan pecahan kes baharu mengikut negeri pada keesokan hari melalui laman rasmi CovidNow.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut negeri untuk semalam (20 Oktober 2021):

Selangor (1,004)
Sarawak (767)
Johor (610)
Kelantan (565)
Sabah (426)
Perak (393)
Pulau Pinang (378)
Terengganu (355)
Kedah (312)
Pahang (232)
Kuala Lumpur (189)
Negeri Sembilan (127)
Melaka (112)
Perlis (29)
Labuan (12)
Putrajaya (5).

POPULAR

KOSMO! TERKINI