CCTV selesai isu buang sampah haram - Utusan Malaysia

CCTV selesai isu buang sampah haram

PIHAK berkuasa MPK menegur individu yang dikesan membuang sampah haram di Jalan Kebun Nenas dan Jalan Papan di Klang, Selangor baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di dua lokasi pembuangan sampah haram di Jalan Kebun Nenas dan Jalan Papan di sini berjaya menyelesaikan isu berkenaan.

Langkah proaktif Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu dianggap berkesan kerana tiada tindakan sitaan diambil sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Yang Dipertua MPK, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, pihaknya memasang sebanyak 10 CCTV selepas membersihkan kawasan berkenaan tahun lalu.

Katanya, kesemua CCTV masing-masing enam di Jalan Kebun Nenas dan empat di Jalan Papan itu bertujuan menangani isu sampah haram yang berlaku sejak sekian lama.

“Keberkesanan pemasangan itu dapat dilihat apabila tiada tindakan sitaan kenderaan membuang sampah diambil sehingga September lalu.

“Keadaan itu nyata berbeza apabila sebanyak 16 tindakan sudah diambil pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Fadzli, rondaan oleh Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) turut membantu kejayaan itu selain pelbagai program pencegahan bersama komuniti.

“Inisiatif itu selaras dengan matlamat MPK dalam memastikan kebersihan dan keselesaan masyarakat lebih terjamin.

“Ia bertujuan mengesan pelaku sekali gus membersihkan kawasan berkenaan daripada sampah,” katanya.

Pada 24 Oktober tahun lalu, Jalan Kebun Nenas dilaporkan dipenuhi pelbagai sampah termasuk almari, katil dan tilam.

Pembuangan sampah haram oleh pihak tidak bertanggungjawab itu menimbulkan bau busuk kepada penduduk di sekitar Taman Sentosa.

Justeru, MPK menjalankan pemantauan berterusan termasuk memasang CCTV di laluan sepanjang dua kilometer tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.