“Buat apa yang perlu, jangan terlalu obses” -Rawatan wajah Amelina curi perhatian warganet - Utusan Malaysia

“Buat apa yang perlu, jangan terlalu obses” -Rawatan wajah Amelina curi perhatian warganet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dangdut terkenal, Amelina Amir telah mencuri perhatian warganet selepas berkongsi video semasa melakukan proses rawatan tanam benang atau ‘threadlift’ di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi lagu popular Semakin Rindu Semakin Asyik itu secara terbuka menunjukkan proses rawatan berkenaan yang dikatakan agak ‘ngeri’ itu.

Enggan disalah erti, tindakannya untuk melakukan rawatan tersebut hanyalah untuk membaiki semula keadaan wajah, bukanlah untuk mengubah rupa bentuk.

“Kak Long tidak mahu hidung Angelina Jolie kerana rasa hidung Kak Long paling cantik. Tidak mahu juga pergi kopak kulit muka kerana nak jadi muka budak 16 tahun sudah sah-sah Kak Long 40-an. Itu merubah namanya bukan membaiki.

“Cuma nak Kak Long yang dulu, untuk lebih rapi setelah dihina. Selekehlah, tidak pandai menjaga ‘level’ lah, gemuklah, serta sudah tua lah (tapi memang saya dah tua pun. Ada saya kisah?” katanya di Instagram.

Mengulas lanjut, dia juga menyatakan tindakannya itu lebih kepada menghargai diri sendiri, asalkan tidak mengubah ciptaan Pencipta.

“Bagaimanapun, Kak Long sekarang menjaga dan menghargai apa yang ada. Kalau kendur, kita tegangkan. Kalau gemuk kita kuruskan yang penting jangan kau lapah sana, kopak sini.

“Sumbat segala besi, plastik segala macam serta kikis sana sini. Jangan! Buat apa yang perlu, jangan terlalu obses. Buat sesuatu yang bersifat sementara, jangan yang kekal,” ujarnya panjang.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet melontarkan pelbagai reaksi di ruangan komen hantaran tersebut.

Segelintirnya memberi reaksi yang seakan ‘menyeramkan’ selepas melihat proses rawatan berkenaan, adanya juga mendakwa tindakan penyanyi itu seperti mengubah kejadian asal.

Bagaimanapun, Amelina tampil menyelar dengan memaklumkan dia hanya menegangkan kulit dan tiada sebarang perubahan dibuat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya