BN lancar jentera PRN Melaka di ibu negara - Utusan Malaysia

BN lancar jentera PRN Melaka di ibu negara

PRN Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) akan melancarkan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), malam ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi akaun Twitter beliau.

Menurut beliau, pelancaran dibuat di ibu negara memandangkan tidak dapat dilakukan di Melaka kerana prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“Pelancaran Jentera BN di WTCKL pada Rabu pukul 8 malam. Untuk PRN Melaka tidak dibuat di Melaka kerana SOP.

“Pakai mask (pelitup muka), jaga penjarakan, sanitizer (cecair pembasmi kuman) tangan, check suhu badan, guna MySejahtera, sudah vaksinasi dua dos dan tidak bergejala,” kata Ahmad.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan memaklumkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021.

Justeru, kementerian itu menetapkan larangan berkenaan berdasarkan peruntukan di bawah Subperaturan 10(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 yang dibuat di bawah Subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN