Bersendirian atau kerjasama, UMNO buat keputusan dalam masa terdekat - Mohamad - Utusan Malaysia

Bersendirian atau kerjasama, UMNO buat keputusan dalam masa terdekat – Mohamad

MOHAMAD Hasan sewaktu berucap merasmikan Program Taklimat dan Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan Tahun 2021, UMNO Bahagian Rembau di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sama ada akan bertanding sendirian atau bekerjasama dengan parti lain dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, ia akan ditentukan selepas Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu dan mesyuarat Biro Politik UMNO akan diadakan yang seterusnya di bawa ke Mesyuarat Khas MKT UMNO tersebut.

“Kami akan bincang syor biro politik dan pandangan-pandangan lain akan dibincang dengan teliti, kerana mesyuarat khas ini satu agenda sahaja, jadi kita tidak ambil banyak masa untuk bincang.

“Jadi apa juga keputusan akan diputuskan dalam mesyuarat tersebut, saya yakin presiden akan buat kenyataan, setakat hari ini, tiada keputusan apa-apa, orang boleh bayangkan apa-apa tapi biarlah UMNO buat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Taklimat dan Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan Tahun 2021, UMNO Bahagian Rembau di sini hari ini.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bagaimanapun menambah, sama ada secara bersendirian ataupun tidak, UMNO sudah bersedia untuk menghadapi PRN Melaka malah UMNO juga telah menentukan kerusi mana yang akan ditandingi kelak.

“Setelah kita kaji sama ada mahu memasuki PRN Melaka, bersama dengan parti-parti lain ataupun BN bersendirian, maka di situ nanti kita akan tentukan pembahagian kerusi dalam pakatan tersebut, kalau BN sahaja kita akan bincang dengan rakan komponen BN. 

“Kalau ada parti-parti lain yang akan bersama, maka pembahagian kerusi itu nanti akan jadi lain pula, kita kena fikirkan juga parti yang nak bersama dengan kita, jadi belum ada keputusan.

“Tapi asasnya, UMNO sudah tahu mana kerusi mahu bertanding, cuma jika ada pihak lain nanti akan jadi rakan kongsi masuk pilihan raya nanti, jadi kita kena sesuaikan balik, kalau tidak, memang (UMNO) sudah siap,” katanya lagi.

Sementara itu, tambah beliau, sekiranya UMNO membuat keputusan untuk bertanding bersendirian, proses seterusnya adalah mengadakan perbincangan dengan parti-parti komponen lain dalam BN bagi tujuan pembahagian kerusi.

“Melaka tidak banyak kerusi, ada 28, mudah dan tidak rumit sangat, tiada isu dalam kalangan BN, cuma ada kerusi yang kita akan buat pertukaran, kita tidak boleh kata ini kerusi tradisi, sebab kita tidak boleh ikut tradisi lagi.

“Bagi UMNO dan BN, kita masuk PRN melaka, kita mahu menang, setiap kerusi yang akan kita tandingi kita nak menang, kalau tidak menang apa guna. Kami dapat banyak maklum balas dan pandangan, ada kerusi yang jika kita buat perubahan, kita boleh menang,” katanya lagi.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya