Barang rampasan sejak 16 tahun dilupus - Utusan Malaysia

Barang rampasan sejak 16 tahun dilupus

NOR Omar Sappi (kanan) menunjukkan barang rampasan yang dilupuskan di IPD Manjung di Lumut. - UTUSAN/SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Sebanyak 2,934 unit barang rampasan bernilai RM450,000 yang disimpan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung sejak 2005 sehingga semalam, dilupuskan hari ini.

Ia melibatkan 402 unit barang kes perjudian termasuk telefon bimbit, komputer riba dan pencetak mudah alih yang dirampas sepanjang tahun ini, 518 unit barang kes bitcoin, 411 kotak rokok, 184 katon rokok, 942 tin arak dan 387 botol arak bagi kes penyeludupan serta barang kes am dan pusat hiburan seperti senjata tajam, set karaoke, sofa dan pembesar suara.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, semua barang itu dilupuskan selepas 160 kertas siasatan kes terlibat dituduh di mahkamah dan telah dijatuhi hukuman, dan menerima arahan dari mahkamah untuk pelupusan.

“Ia melibatkan 134 kertas siasatan kes perjudian, 10 kertas siasatan kes jenayah dan pusat hiburan serta masing-masing lapan kertas siasatan kes bitcoin dan penyeludupan, yang berjaya diselesaikan.

“Daripada jumlah itu, unit barangan kes bitcoin dianggarkan bernilai RM400,000 manakala barangan rampasan lain bernilai RM50,000,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pelupusan barang tersebut di dalam premis IPD Manjung hari ini.

Menurut Nor Omar, pelupusan menggunakan jengkaut itu bertujuan mengelakkan lambakan dan kesesakan barangan kes yang telah selesai dituduh di mahkamah, di dalam stor IPD Manjung.

Sementara itu, beliau berkata, indeks jenayah di daerah Manjung dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini menunjukkan pengurangan 93 kes atau penurunan 31 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jelasnya, penurunan itu turut melibatkan kes jenayah kekerasan seperti rompakan dan pecah rumah serta jenayah harta benda seperti mencuri kenderaan.

Beliau tidak menolak penurunan itu turut disumbangkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan yang memaksa pergerakan penduduk dikawal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya