Bapa Ahmad Amzad meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bapa Ahmad Amzad meninggal dunia

AHMAD Amzad Hashim mengimamkan solat jenazah Allahyarham bapanya, Mohammad@Hashim Abdul Rahman di Surau Al-Ikhlas Durian Burung di Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bapa kepada Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim meninggal dunia, malam tadi. 

Allahyarham Mohammad@Hashim Abdul Rahman, 83, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Durian Burung, di sini pada pukul 11.30 malam. 

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kubang Parit, pagi ini. 

Ahmad Amzad berkata, bapanya ditemukan meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat.

Katanya, kali terakhir mereka berjumpa adalah pada Sabtu lalu dan Allahyarham tidak menunjukkan perubahan sikap di samping sihat tanpa sebarang penyakit. 

“Pada pukul 11 malam, emak tengok ayah masih bersujud dan apabila cuba dikejutkan tiada tindak balas. 

“Walaupun usia sudah lanjut, Allahyarham masih mampu menunaikan solat lima waktu dalam keadaan berdiri seperti biasa,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini. 

Terdahulu, Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mengimamkan solat jenazah Allahyarham bapanya, Mohammad@Hashim Abdul Rahman di Surau Al-Ikhlas Durian Burung. 

Allahyarham Mohammad@Hashim meninggalkan balu, Fatimah@Bahruni Draman@Abdul Rahman dan sembilan anak di samping 40 cucu serta sembilan cicit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya