Bantuan one-off RM2,000 kepada usahawan tercicir - Utusan Malaysia

Bantuan one-off RM2,000 kepada usahawan tercicir

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 91 pengusaha kraftangan di negeri ini akan menerima bantuan berjumlah RM182,000 bagi membantu mereka bangkit semula kesan pandemik Covid-19.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, setiap seorang akan menerima bantuan berjumlah RM2,000 secara ‘one-off’.

“Bantuan Perak Sejahtera Usahawan Kraftangan Perak berjumlah RM182,000 itu diberikan kepada pengusaha kraftangan seluruh negeri yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi sebelum ini.

“Bantuan berjumlah RM2,000 ini diharap dapat membantu mereka bangkit kembali dalam perniagaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan Mesra Usahawan Perak di Miker Pizza di sini hari ini.

Menurut beliau, sebagai tanda sokongan kepada produk usahawan di negeri ini, semua agensi kerajaan negeri dan syarikat milik kerajaan (GLC) diminta menggunakan produk tempatan sebagai cenderahati rasmi masing-masing.

Katanya, untuk urusan tersebut, Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) akan menyelaras senarai produk-produk untuk diberikan kepada agensi-agensi dan GLC. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya