ASEAN wajar terajui RRMS bagi elak pertindihan - Utusan Malaysia

ASEAN wajar terajui RRMS bagi elak pertindihan

ISMAIL Sabri Yaakob ketika berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN+3 secara maya di Putrajaya hari ini. – IHSAN WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keupayaan ASEAN dalam usaha menangani sendiri isu bencana alam dan kemanusiaan tidak perlu diragui oleh dunia luar, malah sewajarnya disokong dengan penuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpendapat, biarlah blok itu sendiri menerajui Rizab Bekalan Perubatan Serantau (RRMS) yang telah diwujudkan akhir tahun lalu.

“Malaysia oleh itu akan sentiasa menyokong teguh keputusan ASEAN untuk terus memimpin perkembangan projek rizab ini secara sinergi atau bergandingan bersama-sama,” tegasnya.

Beliau berkata demikian secara maya pada Sidang Kemuncak ASEAN+3 yang melibatkan tiga buah negara rakan blok tersebut dari rantau Asia Timur iaitu Korea Selatan, China dan Jepun.

Ia dipengerusikan Sultan Hassanal Bolkiah selaku hos serta disertai Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in; Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.

RRMS ditubuhkan ketika Sidang Kemuncak ASEAN Ke-37 di Hanoi, Vietnam akhir tahun lalu.

Ismail Sabri berkata, RRMS memperkukuhkan kapasiti, daya tahan dan siap siaga tindak balas yang berkesan kepada senario kecemasan kesihatan awam rantau ini.

“Pada pandangan Malaysia, RRMS yang sudah diwujudkan dan saranan ada pula RRMS versi ASEAN+3 sepatutnya diperkemaskan bagi mengelak berlaku pertindihan fungsi,” katanya.

Sehubungan itu, jika langkah tersebut sukar dan pertindihan tidak dapat dielakkan, Malaysia jelasnya, berharap tiga negara berkenaan boleh memberi sokongan kepada RRMS ASEAN.

Matlamat rizab itu asalnya bagi memerangi penularan wabak Covid-19 namun kini beralih kepada usaha pemulihan pasca pandemik apabila penyakit tersebut memasuki fasa endemik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya