Arak, rokok seludup dirampas di premis jual daging khinzir - Utusan Malaysia

Arak, rokok seludup dirampas di premis jual daging khinzir

Arak dan rokok yang dirampas oleh PGA dalam premis yang menjual daging khinzir di Kampung Gambaron, Jalan Telupid-Sandakan semalam. IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELURAN: Taktik berselindung di sebalik perniagaan menjual daging khinzir untuk menjual arak dan rokok seludup berjaya dihidu pihak berkuasa.

Dalam serbuan kira-kira pukul 2 petang semalam di Kampung Gambaron 1, Jalan Telupid-Sandakan, Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas arak dan rokok seludup di dua lokasi berasingan.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, dalam serbuan yang disertai pasukan Tiger Platun Batalion 15 PGA itu menemukan arak dan rokok seludup yang diangarkan bernilai RM84,000.

 

ABDUL RANI ALIAS

Beliau berkata, dalam serbuan pertama, pihaknya menahan seorang lelaki warga asing berusia 24 tahun dipercayai penjaga premis dan menemukan beberapa karton rokok.

“Siasatan lanjut kemudian membawa pasukan serbuan ke sebuah stor dan rumah dua tingkat di kawasan berhampiran berdasarkan pandu arah suspek.

“Serbuan ini menemukan ratusan minuman keras dan rokok tanpa cukai dengan nilai keseluruhan lebih RM 84,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1957. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya