Anggota polis maut dipercayai tembak leher sendiri - Utusan Malaysia

Anggota polis maut dipercayai tembak leher sendiri

SEORANG anggota polis ditemukan mati dalam sebuah kenderaan dengan kesan tembakan di leher di lot parkir pekan Muar, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang anggota polis lelaki berpangkat lans koperal ditemukan maut dengan kesan tembakan di leher dalam sebuah kereta Proton Preve di lot meletak kenderaan di Pekan Muar, pada pukul 11.18 pagi ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, terdahulu Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima maklumat berkaitan seorang anggota berusia 29 tahun ingin membunuh diri melalui pesanan mesej di aplikasi WhatsApp.

“Bertindak atas maklumat tersebut, satu operasi mengesan dan mencari telah dijalankan dan pada pukul 11.18 pagi, anggota polis terbabit ditemukan mati dalam kenderaannya di lot parkir Pekan Muar.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan tembakan di lehernya selain polis turut menemukan sepucuk senjata jenis Revolver .38 berada bersama si mati,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini, hari ini.

Setakat ini, belum diketahui punca mangsa berbuat demikian dan polis dipercayai masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, difahamkan mangsa bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah peribadi. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.