PETALING JAYA: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan keadaan semasa trafik di lebuh raya ke arah utara, dari Permatang Pauh ke Plaza Tol Sungai Dua dilaporkan mulai perlahan dan sesak.
Peningkatan aliran trafik itu berkemungkinan disebabkan oleh orang ramai mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman kerana cuti hujung minggu dan cuti umum sempena Maulidur Rasul, Selasa ini.
Ia juga susulan daripada kebenaran rentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad lalu.









