PETALING JAYA: Kemalangan dilaporkan berlaku di KM 198.7 arah Utara dari Taiping ke Bukit Merah, lorong kanan terhalang namun trafik dilaporkan masih terkawal.
Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Twitter Plusline.
Ekoran itu, trafik dilaporkan masih terhalang di mana trafik perlahan di 4 kilometer dari arah kemalangan.
Sementara itu, aliran trafik keluar dari ibu negara ke arah utara, selatan dan timur Semenanjung masih berada di dalam keadaaan terkawal.