‘Aku jumpa mak kau, dia tidak seceria dahulu’ - Aliff Syukri - Utusan Malaysia

‘Aku jumpa mak kau, dia tidak seceria dahulu’ – Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu bapa kepada usahawan sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat cukup terkesan dan terpaksa menerima keputusan anak mereka yang secara mengejut berpindah ke Australia.

Perkara itu didedahkan rakan baik Nur Sajat yang juga usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri menerusi sesi live di Instagramnya semalam.

Kata Aliff, kehidupan kedua orang tua Nur Sajat bertukar suram selepas ketiadaan anak mereka yang banyak menyumbang untuk keluarga itu.

“Aku jumpa mak kau, dia tidak seceria dahulu. Cuma apabila dia dengar kau okey, dia lega. Dia ada bertanya tahu tak? Aku tak tahu.

“Apabila aku cerita pada ayah dan mak kau, dia kadang kala menangis. Sedih dia, dia yang maklumkan dekat aku bila kau dah selamat sampai di Australia. Aku pun terkejut!

“Dia kata kau banyak membantu, menyumbang untuk keluarga. Aku tengok anak kau asyik tanya mana umi, rindu dengan umi. Aku cakap umi cari duit,” kata Aliff kepada Sajat menerusi sesi live tersebut.

Aliff yang terkenal dengan jolokan Abang Kosmetik menyifatkan apa yang dilalui Nur Sajat sebagai ujian hebat yang bukan semua orang mampu menghadapinya.

“Kalau aku di tempat kau, aku tak boleh lalui detik ini. Ini cabaran terhebat kau, bukan semua boleh lalui detik ini.

“Aku pun tak sekuat kau. Aku tak nak tular dah, kau memang hebat. Aku sekarang nak buat content dengan isteri sahaja,” katanya lagi.

Dalam pada itu Aliff turut mendoakan agar usahawan berkenaan supaya dapat terus membahagiakan keluarganya dan tidak lupa tanggungjawab untuk melaksanakan solat.

Sebelum ini Sajat mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan dia kini sudah berpindah ke Australia dan tidak akan kembali lagi ke Malaysia.

Katanya dia ingin memulakan hidup baharu dan merancang untuk membuka perniagaan di negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya